Assalamualaikum..
Lebih kurang seminggu sebelum umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, aku menerima satu berita yang sangat mengejutkan dan menggembirakan. Sahabatku dari sekolah menengah akan diijabkabulkan dalam masa 2 hari lagi..! Feeling really shocked and happy at the same time, nak je pegi ke majlis akadnya kat KL..Tapi ape kan daya..kat UTP masa tu..AlhamduLILLAH sorang sahabatku dapat menghadiri majlis tu..Semoga berbahagia ke akhir hayat..
Esoknya pulak, lepas dah abis kelas, aku terus pack barang untuk balik rumah! Wah seronotnye! Aku drive sorang je aritu..ujan lebat pulak..gelap gelita macam dah malam walaupun baru pukul 5 petang…Jalan memang blur..sedihnya..waa2…tawakal je la..Lagi beberapa kilometer nak sampai ke home sweet home, traffic jam pulak..ditambah dengan lagu raya “Pulanglah” dalam keadaan hujan renyai-renyai..adoi..lagi la sedih..Tapi, AlhamduLILLAH, sempat juga sampai ke rumah 10 minit sebelum azan Maghrib..sempat buka puasa ngn ayah ibu..itu yang penting..hehe
Kami gerak balik ke kampung di utara sedikit dari Selangor pada satu hari sebelum raya..hehe..Tengah hujan waktu tu dan aku sedang tidur (pura-pura tidur) di belakang. Tetibe terasa badan ni terkedepan, kesan daripada inersia..fuh. Rasa macam nak patah je hidung ni..adoi..mujurla cermin mata tak bengkok..eh?asal lak nih? Sebaik je aku buka mata, semua orang pun terkedepan jugak..blur jugak time tu..maklum la baru bangun dari tidur2 ayam. hmmph..ada satu kereta kat depan kereta kami..sangat-sangat dekat..aku ingat ayah sempat brake..jadi aku tak turun la dari kereta untuk tengok keadaan kereta..kebetulan pulak, balai polis berdekatan je ngn tempat kejadian..jadi ketiga-tiga kereta yang terlibat pun pergi lah ke sana..dah sampai sana..rupa-rupanya teruk jugak la kereta kami..bonet hadapan kemik..dan lampu spotlite pecah..kereta depan pun lagi la teruk..walaupun dari segi undang-undangnye, ayah aku bersalah sebab menyondol kereta di hadapan, tapi asal kereta depan tu tetibe brek mati sedangkan lampu isyarat dah tukar hijau? geram nih..hmm..lepas lebih kurang 3 jam berada di balai selesaikan urusan, kami pun meneruskan perjalanan balik..alhamduLILLAH kereta leh bergerak lagi.. sian kat dia dah kemik kat depan. ape nak wat..itu lah dia..kadang-kadang kita sudah berhati-hati, tapi terjadi juga benda macam ni..ini la akibatnya tak pakai seatbelt di belakang. Padan muka.
Malam tu, tengah best bersembang-sembang dengan sedara..tetibe, takde elektrik la pulak! kitorang sembang2 la lagi dalam gelap tu..adeh..takde ape yg dapat dibuat dlm gelap tu, kitorang pun terus tidur..haih..tetibe, around kul 2.30 pagi, barulah ade elektrik balik..ape lagi kitorang pun bangun balik selesaikan tugas-tugas yang terbengkalai tadi sampailah ke pagi..sempat menonton Nur Kasih sambil gosok baju raya..hehe..kalau nak tidur balik rasa cam tak best lak..haha..
Pagi raya. Takbir dah berkumandang dari masjid di depan umah opah. Lepas solat sunat Aidilfitri, seperti biasa, khutbah atau tazkirah disampaikan. Tapi..tak tahan sungguh mata ni untuk berjaga..haih..sayup2 kedengaran suara imam tersebut…kesian kat aku yang mengantuk nih..hehe. Raya pertama, kedua, ketiga, keempat berlalu sangatlah cepat..Kami pulang ke rumah pada raya kelima. Raya tahun ni sederhana..biasa sahaja. Dalam hati ni, terdapat satu ruangan kosong yang perlu diisi..Diisi dengan apa..dengan siapa..hanya ALLAH saja yang tahu..tetiba teringat lagu ‘pulanglah…ku menunggumu di hari raya..’sesapa yang dah lama tak balik kampung tu, pulanglah ye..Sebelum mengakhiri entri yang mungkin kalian pun dah rasa bosan, terimalah kata-kata ucapan dari aku..tak reti nak berpantun-pantun ni..hehe
” Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin jika tersalah bicara atau perbuatan terhadap kalian..Raya tu raya jugak..puasa enam jangan lupa..kerja sekolah pun jangan lupa.. “

